Tuesday, July 7, 2020

updated 2:33 PM UTC, Jul 7, 2020

Banjir Johor: 69 penduduk terjejas

  • Published in Berita Semasa

MUAR, 30 Jun - Situasi terkini banjir di Johor.

Setakat pukul 8 pagi tadi, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka yang menempatkan 69 penduduk yang terjejas daripada 19 keluarga.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R.Vidyanathan memaklumkan, dua PPS berkenaan SK Orang Kaya Ali dan SK Sri Menanti, Muar.

SK Orang Kaya Ali menempatkan 11 keluarga dengan 36 penduduk terjejas.

Manakala SK Seri Menanti, lapan keluarga dengan 33 penduduk.

Setakat ini, kawasan yang masih terjejas ialah Kampung Sungai Sarang Buaya dan Kampung Seri Menanti.