Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Pengambilan vaksin tambahan melindungi diri, menguatkan imunisasi

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Pengambilan vaksin tambahan seperti influenza sangat digalakkan bagi meningkatkan sistem imunisasi badan.

Ini kerana, selain vaksin wajib di bawah program imunisasi kebangsaan, vaksin tambahan dapat melindungi diri daripada mudah diserang selesema dan batuk.

Ibubapa juga amat disarankan mengambil vaksin tambahan untuk anak sebagai perlindungan kesihatan tambahan selain menguatkan imunisasi badan.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (KKM), Dr. Rozita Ab Rahman ditemui selepas menjadi tetamu Bicara Pengguna di TV1.