Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Kontraktor digesa siapkan segera projek tertangguh

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 30 Jun - Sebanyak 81 projek peringkat negeri dan 28 projek persekutuan dikenalpasti sebagai projek tertangguh di Johor.

Sehingga Jun, kos perbelanjaan sudah mencecah lebih RM46 juta daripada kos keseluruhan, kira-kira RM92 juta.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohd Solihan Badri berharap agar kontraktor terlibat segera menyiapkan projek yang tertangguh.

Beliau ditemui selepas menyerahkan projek Jambatan Sungai Plentong di Johor Bahru.

Pelbagai projek tertangguh disebabkan penularan COVID-19 namun kini perlu digerakkan semula selepas Johor sudah diisytihar sebagai zon hijau.

Kelewatan bagi menyelesaikan setiap projek juga boleh dikenakan denda.