Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Melaka atur strategi unggulkan usahawan wanita

  • Published in Berita Semasa

ALOR GAJAH, 30 Jun - Kerajaan negeri Melaka sedang merancang strategi untuk memperunggul usahawan wanita menerusi agensi kewangan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menurut Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri, Datuk Latipah Omar, golongan ibu tunggal antara yang akan diberi fokus dalam strategi itu.

Pihaknya juga sedang berusaha mengadakan bengkel untuk memberi penerangan kepada usahawan wanita berkenaan penggunaan teknologi khususnya internet untuk mereka berniaga.

Tujuan perancangan strategi itu adalah membantu usahawan wanita terjejas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).