Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Chini perlu pusat dialisis

  • Published in Berita Semasa

PEKAN, 29 Jun- Sebuah pusat hemodialisis di Klinik Kesihatan Chini, Pekan akan dibina dengan peruntukkan hampir RM2 juta.

Pusat itu akan menempatkan 10 unit mesin hemodialisis serta sistem rawatan osmosis berbalik bagi rawatan pesakit buah pinggang di sekitar gugusan Chini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, dua buah hospital yang agak jauh dari Chini menyukarkan penduduk.

Tapak pembinaan sudah dikenalpasti pusat hemodialisis yang dibina di dalam perkarangan klinik Desa Chini, Pekan.

Beliau menjelaskannya selepas membuat lawatan kerja di Klinik Kesihatan Chini dan juga Klinik Desa di Chini Timur, Pekan, Pahang.