Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

PRK DUN Chini: Pasukan operasi pematuhan PDRM jalani pemantauan

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 29 Jun - Pemantauan terus dilakukan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini oleh pasukan operasi pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada pelanggaran SOP PKPP berlaku.

Jelas Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya berlaku pelanggaran SOP, tindakan akan diambil terhadap sesiapa sahaja.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di Putrajaya.