Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

PM Terima Kunjungan Perpisahan Duta Besar China Di Malaysia

PUTRAJAYA  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan perpisahan Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang di pejabat perdana menteri di sini.

Pada akhir pertemuan mereka kira-kira 15 minit itu, Datuk Seri Najib menghadiahkan Dr Huang sebuah buku berjudul 'Najib Razak 40 years, 40 pictures' sebagai cenderamata.

Dr Huang yang mula berkhidmat di Malaysia pada Januari 2014 akan mengakhiri perkhidmatan sebagai Duta Besar China di Malaysia pada 18 Okt.

Beliau dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas ini.

(Sumber - Bernama)