Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

PRK DUN Chini: Anggota bomba siap sedia hadapi situasi kecemasan

  • Published in Berita Semasa

PEKAN, 29 Jun - Pasukan Bomba dan Penyelamat Chini bersiap siaga 24 jam untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan sepanjang tempoh PRK DUN Chini.

Ia melibatkan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Peramu dan Pekan.

Untuk hari pengundian awal esok, Ketua BPP Chini Mohd Fadzirllah Zainal Abidin berkata, pasukannya telah melakukan operasi nyah kuman di pusat mengundi, bagi mengelak risiko penularan jangkitan COVID-19.

Beliau menyatakannya selepas Majlis Lawatan Kerja Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib ke BPP Chini.

BPP tersebut menerima sebuah unit kenderaan penyelamat kebakaran (FRV) untuk operasi menyelamat dan memadam kebakaran di kawasan pedalaman.

BPP yang mula dibina pada akhir Disember 2016 dengan peruntukan RM4.4 juta mula beroperasi sepenuhnya 1 November tahun lalu.