Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, RM114 Bilion Berjaya Dijana

KUALA LUMPUR - Sebanyak 114 bilion ringgit berjaya dijana oleh vendor bumiputera setakat Ogos tahun ini, menerusi Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diperkenal pada tahun 2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berpuas hati dengan pencapaian tersebut dan mahu lebih ramai vendor bumiputera dilahirkan bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Datuk Seri Najib juga berkata ¨pada tahun 2016, syarikat berkaitan kerajaan terbaik ialah G20 dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan ( GLIC) melalui inisiatif agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera mencapai KPI 95.3 peratus berbanding 91.5 peratus pada 2015¨.

Manakala dari segi nilai, inisiatif keseluruhan telah menyumbang 56 billion ringgit pada tahun 2016, berbamding 44 bilion ringgit pada tahun sebelumnya.

Tambahnya, Dasar " Carve Out and Compete" sebagai contohnya, menyediakan peluang kepada syarikat Bumiputera untuk mendapat kontrak dan menyertai projek mega yang ditawarkan oleh Kerajaan, GLC dan swasta berdasarkan merit, rekod cemerlang serta keupayaan.

Contoh terbaik "Carve Out and Compete" adalah Projek Fasa 1 MRT.

Daripada nilai pakej pembangunan projek yang berjumlah 21.2 bilion ringgit, sebanyak 51 peratus telah diberikan kepada kontraktor Bumiputera.

Selain itu, melalui inisiatif yang sama, peluang penyertaan Bumiputera dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo dijangka akan mencecah 60 peratus.

Perdana Menteri berucap pada Majlis Penghargaan Agenda Pemerksaan Bumiputera G20 di ibu negara.

Beliau turut mengumumkan, Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera akan dinamakan sebagai Dasar Kesejahteraan Bumiputera.


(Sumber - Dalet Beritartm)