Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Kes kehilangan aksesori motosikal Moto GP 2019 : 6 suspek ditahan

  • Published in Berita Semasa

KLIA, SEPANG - 6 orang suspek lelaki yang disyaki mencuri aksesori motosikal pada perlumbaan Moto GP 2019 berjaya ditangkap pihak polis daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kesemua suspek tersebut berumur dalam lingkungan 20an serta 2 daripadanya mempunyai rekod jenayah curi motosikal dan dadah.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Zulkifli Adamshah berkata antara suspek yang terlibat merupakan pekerja sambilan Moto GP tersebut dan pihak polis masih memburu 2 lagi suspek yang terlibat.

 Pada November lalu,Ketua jabatan Keselamatan Sepang International Circuit (SIC) membuat laporan berkenaan kes kecurian komponen dan barangan pasukan yang beraksi pada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia yang melibatkan beberapa buah pasukan moto2 dan moto3.

Antara komponen yang dicuri di khemah pasukan berkenaan termasuklah set lengkap penyerap hentak, angkup, cakera brek, komputer riba, alat bengkel dan pemanas tayar.

Kesemua barangan yang dirampas semula adalah sebanyak RM75,300

Hasil tangkapan dan rampasan ini merupakan satu kejayaan besar kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang berjaya menyelesaikan kes yang mendapat perhatian seluruh dunia ekoran kes ini.