Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

1,422 unit RMM di Kuantan, Pahang bakal dibangunkan melalui kaedah Reka dan Bina dengan “Private Finance Initiative

  • Published in Berita Semasa

KUANTAN - 1,422 unit Rumah Mampu Milik (RMM) milik Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Mukim Kuala Kuantan, di Kuantan, Pahang bakal dibangunkan melalui kaedah Reka dan Bina dengan “Private Finance Initiative”.

Pembinaan yang merangkumi tiga fasa bermula tahun hadapan itu, memberi kemudahan buat golongan B40 memiliki rumah pertama dengan pakej-pakej baharu pinjaman daripada beberapa institusi kewangan terlibat.


Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin inisiatif antaranya skim sewa dan beli, serta skim bank itu bertujuan  memudahkan golongan tersebut.

Tambah beliau, pihaknya turut dalam proses perbincangan bersama beberapa pihak dalam usaha membuka lebih banyak peluang buat penduduk setempat untuk memiliki rumah sendiri dengan harga mampu milik.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Mampu Milik SPNB di Kuantan, Pahang.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKT merangkap Pengerusi SPNB, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ahli Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Nor Azmi Mat Ludin.

Setakat ini, di Pahang sebanyak 6 ribu 219 unit RMM siap dibina, 800 unit  masih dalam pembinaan dan terdapat 4, 484 unit dalam perancangan SPNB untuk dibina.