Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Paras air di Marudi, Sarawak semakin surut berbanding semalam

  • Published in Berita Semasa

MARUDI - Perkembangan banjir di Sarawak

Paras air di Marudi, Sarawak semakin surut berbanding semalam.

Bagaimanapun, tinjauan Bomba mendapati jalan dari Pekan Marudi menuju ke feri masih tidak sesuai dilalui kenderaan ringan.

Kawasan yang masih digenangi air ialah di Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, SK Penghulu Baya Mallang, SK Kuala Tutoh dan SK Benawa.

Beberapa kawasan telah surut sepenuhnya iaitu Kampung Long Bemang dan SK Pengarah Enteri.

Sementara itu di Kampung Siang-siang Lawas, banjir juga telah surut pagi tadi.

Kesemua jalan boleh dilalui sepenuhnya oleh semua jenis kenderaan.