Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Tahap sokongan rakyat: Pakatan Harapan terima semua hasil kajian yang dibuat secara ilmiah dan profesional

  • Published in Berita Semasa

MUAR - Pakatan Harapan menerima hasil kajian mana-mana pihak berhubung tahap sokongan rakyat terhadap parti-parti politik, selagi ia dilakukan secara ilmiah dan profesional.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan PH berkata PH menerima hasil kajian mana-mana pihak berhubung tahap sokongan rakyat terhadap parti-parti politik, selagi ia dilakukan secara ilmiah dan profesional.

Jelas beliau, melangkaui sebarang hasil kajian, kerajaan PH sentiasa fokus melipat gandakan usaha menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto, demi membela rakyat.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU mengulas hasil kajian badan pemikir EMIR Research yang menunjukkan, sokongan responden kepada PH menuju Pilihan Raya Umum akan datang di tahap 41 peratus, berbanding 38 peratus untuk Umno dan PAS.

Kajian dibuat EMIR Research sebelum ini melibatkan seribu 992 responden daripada 104 latar belakang berbeza.