Saturday, 8 August 2020

updated 2:24 PM UTC, Aug 8, 2020

Majlis perundingan komunikasi dan multimedia bincang pendekatan, dasar KKMM

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 10 Jun - Mesyuarat pertama Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia atau MPKM telah berlangsung SEMALAM, dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia KKMM, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ia sebagai platform bagi kerajaan membincangkan dan mendapatkan input dalam merencanakan pendekatan dan dasar bagi isu komunikasi dan multimedia.

Jelas Datuk Saifuddin, seramai 15 orang ahli telah mendapat watikah pelantikan keanggotaan MPKM.

Antara tokoh terkenal dilantik ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, pengasas Agensi Angkasa Negara, Profesor Emerita Datuk Dr Mazlan Othman, dan tokoh wartawan, Tan Sri Johan Jaafar.

Dalam majlis sama, beliau turut melancarkan pertandingan “Ideas4KKMM” bertujuan untuk memberi peluang kepada belia berumur 18 hingga 30 tahun menyumbang idea dalam penambahbaikan sistem penyampaian kementerian.

10 idea terbaik akan dipilih dan pemenang akan dijemput ke sesi perbincangan khas bersama kementerian.

Penyertaan boleh dikemukakan melalui laman sesawang KKMM.