Saturday, January 18, 2020
updated 12:28 PM UTC, Jan 18, 2020

Ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Enam persatuan disahkan haram

  • Published in Berita Semasa

MUAR - Enam daripada sembilan persatuan yang dikenal pasti terlibat dengan Majlis Peringatan Ulang Tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai, Thailand di Kajang 1 Disember lalu, disahkan pertubuhan haram 

Jelas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ,kesemua enam persatuan berkenaan tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ROS.

Pihak polis sedang meneliti perkara itu termasuk mengambil kira tujuan mereka terlibat dengan aktiviti yang dipercayai ada kaitan dengan Chin Peng.

Beliau menyatakan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Bahagian BERSATU Pagoh di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pagoh, Muar.

Tambah Tan Sri Muhyiddin, senarai persatuan terlibat perlu didedahkan supaya ahli sedar tujuan mereka menyertai persatuan.

Bagi beliau, PKM telah diharamkan dan ideologi komunis tidak patut wujud di negara ini kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sejak 60 tahun lalu.