Pusat transit sementara bakal diwujudkan di Johor Bahru
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
KULAI, 10 Jun - Sebuah pusat gelandangan transit sementara bakal diwujudkan di Johor Bahru menggantikan penempatan gelandangan di Kem Wawasan Gunung Pulai, Kulai yang ditutup, Ahad lalu.
EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail berkata, gelandangan akan ditempatkan dalam tempoh tertentu dan diurus serta pemadanan kerja dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sijil penghargaan kepada barisan hadapan pusat gelandangan Gunung Pulai, Kulai.