Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Pusat Tahfiz Harus Patuhi Piawaian Keselamatan Bangunan - TPM

KUALA LUMPUR  - Susulan insiden kebakaran pusat tahfiz di sini yang mengorbankan 23 orang, semua pusat sedemikian di seluruh negara harus mematuhi piawaian keselamatan bangunan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu jelas dalam peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Sejak 2011, ada 31 kejadian seperti ini berlaku, piawaian keselamatan harus dipatuhi semua pihak demi keselamatan pelajar dan tenaga pengajar tahfiz.

"Tiada niat kerajaan pusat mahu campur tangan urusan kerajaan negeri...kita cuma mahu piawaian keselamatan dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian petang ini.

Menurutnya keselamatan pelajar dan tenaga pengajar harus menjadi keutamaan.

(Sumber - Bernama)