Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

PM Sedih Kebakaran Pusat Tahfiz

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih atas tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan lebih 20 nyawa awal pagi ini.


"Innalillah... Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan korban lebih 20 nyawa. Moga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Perdana Menteri masih berada di iuar negara selepas melakukan lawatan kerja di Amerika Syarikat dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump.

((BERNAMA))