Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Kempen Untuk Sabotaj 1MDB Bertujuan Kurangkan Keyakinan Pelabur Terhadap Malaysia - PM

WASHINGTON DC  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat kempen untuk sengaja mensabotaj 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

Berucap pada Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Majlis Makan Malam Perdagangan AS di St Regis Hotel, Perdana Menteri berkata tindakan itu merupakan sebahagian daripada percubaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan sementara menunggu kitaran pilihan raya.

"Saya tahu bahawa sebahagian daripada anda mendengar beberapa cerita yang kurang positif tentang ekonomi Malaysia, terutama mengenai 1MDB.

"Bagaimanapun, saya harus mengingatkan anda bahawa walaupun ada masalah, beberapa ahli politik pembangkang di negara kami memperbesar-besarkannya," kata Datuk Seri Najib.

Perdana Menteri berkata daripada menutup isu itu, kerajaan sebaliknya mengarahkan siasatan dijalankan ke atas syarikat itu pada tahap yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara sebelum ini.

(Sumber - Bernama)