Tuesday, November 21, 2017
vital-top
updated 9:53 AM UTC, Nov 21, 2017

Malaysia, AS Bergandingan Lenyapkan Kumpulan Pengganas - PM

KUALA LUMPUR - Malaysia akan sentiasa bergandingan dengan Amerika Syarikat dalam misi penting melenyapkan satu kumpulan pengganas yang perbuatannya memualkan seluruh manusia bertamadun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata sebagai rakan kongsi dalam pakatan global yang diterajui AS untuk menumpaskan Daesh, Malaysia menentang keganasan dengan menggalakkan kesederhanaan dan program nyahradikalisme yang mempunyai kadar kejayaan 90 peratus.

Beliau katanya dalam artikel bertajuk ‘Perdana Menteri Malaysia: Trump, kami di belakang anda dalam menentang ISIS’ yang disiarkan oleh The Hill, laman sesawang politik utama AS, pada Isnin.

Datuk Seri Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berada di Washington untuk lawatan kerja tiga hari dengan Perdana Menteri dijadualkan bertemu dan berbincang dengan Presiden Donald J, Trump di Rumah Putih pada Selasa.

Sambil menyatakan pertemuannya dengan Trump turut menandakan enam dekad hubungan dua hala yang kukuh, beliau berkata hubungan Malaysia-AS melangkaui perdagangan memandangkan kedua-dua negara turut berkongsi nilai-nilai yang telah berakar umbi dalam aspek lain.

Dari segi ekonomi, Perdana Menteri berkata AS merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia pada 2016 manakala Malaysia merupakan yang ke-18 terbesar bagi AS.

((BERNAMA))