Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:34 PM UTC, Sep 26, 2017

TPM Imbau Pesanan Almarhum Sultan Kedah Bantu PM Jaga Negara

ALOR SETAR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengimbau pesanan Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah agar membantu Perdana Menteri menjaga keharmonian dan keselamatan negara.

Beliau berkata Almarhum baginda bertitah demikian sebelum berangkat pulang ke Istana Anak Bukit selepas tempoh lima tahun berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong berakhir pada Disember 2016.

Beliau katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Abdul Halim di Istana Anak Bukit di sini.

 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata Almarhum Sultan Abdul Halim juga seorang yang sangat berdisiplin, menepati waktu dalam sebarang keberangkatan dan sentiasa menghargai rakyat.

((BERNAMA))