Thursday, November 23, 2017
vital-top
updated 9:49 AM UTC, Nov 23, 2017

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Gempa Di Mexico

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia yang terjejas dengan gempa bumi bermagnitud 8.2 di pantai Negeri Chiapas, 750 kilometer tenggara Bandaraya Mexico pada Khamis.

Kedutaan Malaysia di Mexico berkata ia telah menghubungi semua rakyat Malaysia yang menetap di Mexico selepas gempa berlaku.

Beliau berkata kedutaan dalam satu kenyataan.

Gempa berlaku sejurus sebelum tengah malam waktu tempatan yang melanda pantai selatan dengan pusat gempa 133 kilometer (km) di barat daya bandar Pijijiapan, Chiapas pada kedalaman 58 km.

Dilaporkan berlaku 928 gempa susulan di seluruh Mexico.

Presiden Enrique Peña Nieto telah mengumumkan tiga hari berkabung dan mengarahkan agensi negeri dan persekutuan memberi bantuan kepada mereka yang terbabit.

Kedutaan Malaysia berkata ia sedang memantau keadaan dan sentiasa menghubungi pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia telah dinasihatkan agar menghubungi kedutaan mengenai perkembangan semasa di talian 52 1 55 2889 0205 (pegawai berkenaan Khornelisman Jasri dan Roshidah Ibrahim) atau e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menerusi Facebook, Embajada De Malasia En Mexico dan Twitter @MYembMexicoCity.

Pihak kedutaan turut menyampaikan rasa takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Mexico berhubung tragedi itu.

 ((BERNAMA))