Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Bayi dijangkiti polio, punca disyaki datang dari luar Sabah

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Semalam, seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti polio kes pertama di negara ini selepas Malaysia diisytihar bebas polio, 27 tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menjelaskan, punca jangkitan itu disyaki datang dari luar Sabah.

Hanya ada dua kemungkinan iaitu datang dari Filipina atau keluarga terbabit ke luar negara.

Siasatan awal bagaimanapun mendapati keluarga bayi terbabit tidak mempunyai sejarah ke luar negara.

Dan difahamkan mangsa dijangkiti polio sebelum menerima suntikan vaksin kedua.

Pegawai Kementerian Kesihatan telah ke kawasan penempatan bayi berkenaan dan memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun.

Beliau sebelum itu merasmikan Sambutan Hari Inovasi Kementerian berkenaan di Putrajaya.