Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Lima kereta rosak teruk, dirempuh bas kilang

  • Published in Nasional

GEORGE TOWN, 5 Jun - Lima buah kereta rosak teruk selepas dirempuh sebuah bas kilang dalam satu kemalangan di Jalan Paya Terubong, George Town.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, pemandu berusia 67 tahun dipercayai gagal mengawal bas sebelum terbabas dan merempuh kenderaan-kenderaan yang diparkir di kawasan terbabit.

Menurut Ketua Polis daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong, siasatan awal mendapati bas berkenaan didakwa mengalami kerosakan brek.

Ekoran itu pemandu terpaksa mengelak ke kiri jalan dan melanggar binaan konkrit sebelum terbabas dan merempuh lima kenderaan .

Tujuh penumpang bas dan pemandu mengalami cedera ringan.

Manakala, tiada mangsa di dalam kelima-lima kereta terbabit.

Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.