Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Semua premis makanan di Jalan Perak, Georgetown diarah tutup selama 14 hari selepas pemeriksaan kebersihan dibuat MBPP

  • Published in Berita Semasa

PULAU PINANG - Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP tidak akan berkompromi dalam isu pembersihan melibatkan premis makanan awam.

Serentak dengan itu, semua premis makanan di Jalan Perak, George Town, diarah tutup selama 14 hari bermula hari ini.

Arahan penutupan dibuat selepas pemeriksaan mendapati najis tikus dan lipas.

Arahan penutupan dibuat selaras peruntukkan Undang-undang Kecil Establisymen Makanan 38(1) Undang –Undang Kecil Establisymen Makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang 1991.

11 premis diarahkan tutup mulai November lepas.

Pemeriksaan berterusan akan dilaksana MBPP terhadap premis makanan.