Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

COVID-19 dikategorikan di bawah Akta 342, pindaan jadual pertama perlu dibuat melalui kuasa Menteri

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 5 Jun - COVID-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) iaitu “apa-apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa".

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tampil menjawab dakwaan kononnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP tidak mengikut lunas undang-undang kerana COVID-19 tidak diwartakan di bawah akta itu.

Menerusi satu kenyataan media, Datuk Seri Dr. Adham berkata, COVID-19 merupakan pandemik baharu yang berlaku di seluruh dunia.

Justeru, Pindaan kepada Jadual Pertama, Akta 342 bagi menyenaraikan wabak COVID-19 sebagai penyakit berjangkit perlu dibuat melalui kuasa menteri di bawah Seksyen 30, Akta 342.