Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

COVID-19 dikategorikan di bawah Akta 342

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 4 Jun - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan COVID-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) iaitu “apa-apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa".

Beliau menjawab dakwaan kononnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mengikut lunas undang-undang kerana COVID-19 tidak diwartakan di bawah akta itu.

Melalui satu kenyataan media, Datuk Seri Dr. Adham berkata berkata, COVID-19 merupakan pandemik baharu yang berlaku di seluruh dunia.

Justeru Pindaan kepada Jadual Pertama, Akta 342 bagi menyenaraikan wabak COVID-19 sebagai penyakit berjangkit perlu dibuat melalui kuasa menteri di bawah Seksyen 30, Akta 342.