Logo

COVID-19: 277 kes baharu, 271 daripadanya bukan warganegara


PUTRAJAYA, 4 Jun -
 Hanya 4 kes baharu melibatkan warganegara Malaysia dilaporkan hari ini, manakala 271 kes dilaporkan dalam kalangan warga asing dan 2 lagi adalah kes import.

Walaupun 277 kes baharu COVID-19 dicatat hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, rakyat tidak perlu bimbang.

Tiada kematian dilaporkan untuk hari ke -13 berturut-turut.

"Sebanyak 270 kes di kalangan bukan warganegara adalah daripada depot tahanan imigresen Bukit Jalil."

"Ini merupakan sampel ulangan bagi yang dikuarantin di depot tahanan ini."

Tambah beliau, mereka telah terdedah kepada kes positif sebelum ini. 

Manakala satu kes bukan warganegara adalah saringan tapak pembinaan di Pudu.

"Sehingga kini, sebanyak enam kes positif COVID-19 sedang dirawat di ICU, daripada jumlah tersebut, dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

28 kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatifnya adalah 6,559 kes atau 79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Datuk Dr. Noor Hisham menjelaskan, jumlah kes positif COVID-19 kini sebanyak 8,247 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,573 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.