Logo

22 kes kemalangan pemandu mabuk tempoh Januari hingga Mei

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Sebanyak 22 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah, dilaporkan dari Januari sehingga Mei lalu.

Menurut Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berbanding hanya 23 kes sepanjang 2019, peningkatan itu amat membimbangkan meski dalam PKPB yang tidak membenarkan operasi pusat hiburan.

Dalam tempoh sama juga lebih 800 pemandu dan penunggang bawah pengaruh alkohol telah ditahan.

Sementara menunggu pindaan terhadap akta sedia ada, beliau mahu masyarakat lebih proaktif dan berhati-hati ketika memandu kenderaan, terutama pada waktu malam.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.