Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Operasi SAR diaktifkan bagi mengesan dua nelayan tempatan hilang, kawasan pencarian melibatkan keluasan 995 batu nautika dari lokasi terakhir bot

  • Published in Berita Semasa

KEDAH - Pusat Penyelamat Marin Langkawi mengaktifkan operasi dan menyelamat SAR bagi mengesan dua orang nelayan tempatan yang dipercayai hilang setelah keluar ke laut empat hari yang lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim, Mahmad Faizal  Ahmad berkata, mangsa Ng Gua Xian 44 tahun dan Ng Gou Tong 34 tahun dipercayai tidak pulang ke jeti setelah keluar ke laut pada 6 Disember lalu.

Katanya, operasi SAR yang masuk hari kedua dan melibatkan sebuah pesawat Amphibia Bombadier, sebuah bot Maritim Malaysia, sebuah bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan sebuah bot Pasukan Gerakan Marin serta beberapa buah bot nelayan tempatan.

Kawasan pencarian telah dibahagikan kepada empat sektor berdasarkan aset-aset yang terlibat.

Ia melibatkan keluasan 995 batu nautika dari lokasi terakhir bot tersebut dipercayai kelihatan.