Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Koleksi pinggan mangkuk lama tarik perhatian ramai

  • Published in Berita Semasa


LAPORAN  KHAS - PETALING JAYA - Keunikan barang antik dan vintaj mempunyai nilai tersendiri dan sering dijadikan koleksi selain melengkapkan hiasan dalaman kediaman atau premis. Malah barangan berkenaan yang rata-ratanya sukar diperoleh menjadikan lokasi jualannya dikenali sebagai pasar karat.

Antara pasar karat yang terkenal dan sentiasa menjadi pilihan pengumpul dan peminatnya adalah di Flea Market di sebuah pasaraya di Petaling Jaya.

Pada Sabtu dan Ahad baru-baru ini, premis tersebut menganjurkan acara 'COLLECTOR'S PICK' yang menjual produk-produk utama seperti pinggan mangkuk lama.

Para peniaga sanggup mendapatkannya secara borong dimana-mana sahaja asalkan dapat memberi kepuasan kepada penggemar-penggemar barangan lama.

Selain pinggan mangkuk, pasar ini turut menjual barangan antik lama seperti radio, piring hitam, mesin jahit, aksesori tembaga dan pakaian. Pasar karat yang menempatkan lebih 200 peniaga ini beroperasi pada Sabtu dan Ahad setiap minggu.

Ia merupakan pasar karat paling lama bertahan di Lembah Klang.