Logo

Warga emas maut rumah terbakar

TUMPAT, 2 Jun - Seorang wanita warga emas rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Lama Wakaf Bharu, di Tumpat, Kelantan, awal pagi tadi.

Mangsa, Zainab Abdul Rahman, 76 tahun, dipercayai terperangkap dalam ruang tamu rumah berkenaan.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Penguasa Kanan Bomba 2, Syobirin Abd Kadir ketika mengesahkan mengenai insiden menyatakan panggilan kecemasan diterima pihaknya pada pukul 4.32 pagi.

28 pegawai dan anggota dari tiga balai masing-masing, Balai Bomba dan Penyelamat, Kota Darulnaim, Tumpat dan Wakaf Bharu, ke lokasi insiden.

Mayat mangsa ditemukan pada pukul 5.50 pagi.

Anak mangsa yang berusia 30-an, mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.