Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

Buang pelitup muka dengan tatacara betul, elak terdedah wabak

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 2 Jun - Masyarakat diingatkan agar membuang penutup hidung dan mulut serta sarung tangan yang telah digunakan mengikut tatacara yang betul.

Ia bagi mengelakkan risiko kesihatan awam disamping mengurangkan risiko pekerja pembersihan yang terdedah kepada wabak tersebut.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Victor Hoe Chee Wai berkata risiko itu sangat besar kerana topeng yang kotor mempunyai banyak rembesan pernafasan yang mungkin mengundang bahaya jika bersentuhan dengannya.

Ujar beliau lagi amalan pelupusan yang betul itu juga mampu mengelakkan pencemaran kepada alam sekitar.

Prof. Dr. Victor berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di TV1.