Monday, July 13, 2020

updated 1:31 AM UTC, Jul 13, 2020

Terengganu: SOP kebenaran makan di restoran sedang diperhalusi

  • Published in Berita Semasa

KUALA TERENGGANU, 30 Mei - Prosedur Operasi Standard (SOP) dan persediaan pembukaan sedang diperhalusi bagi Kebenaran Makan Di Kedai dan Restoran di Terengganu.

Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataannya di media sosial memaklumkan, kebenaran tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Paling penting beliau berkata, persediaan minda dalam kalangan peniaga dan pengunjung.

Bagaimanapun, kelonggaran makan di kedai diberi bukan untuk duduk bersembang dalam tempoh yang lama.

Ini kerana keselamatan dan kesihatan semua pihak perlu dititikberatkan.