Logo

Keahlian Tun Dr Mahathir dalam BERSATU terhenti serta-merta

PETALING JAYA, 30 Mei - Keahlian Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam BERSATU terhenti serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.

Turut gugur keahlian, empat wakil rakyat yang lain iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amirudin Hamzah, Dr. Maszlee Malek dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Jelas Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, keahlian mereka terhenti secara automatik kerana tidak bersama kerajaan dengan duduk di blok pembangkang ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, 18 Mei lalu.

Satu notis pemberitahuan telah dikeluarkan kepada kelima-lima wakil rakyat terlibat bagi memaklumkan tentang status keahlian mereka yang terhenti serta-merta.

Datuk Seri Hamzah berkata demikian pada sidang media khas di ibu pejabat BERSATU, Petaling Jaya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.