Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

103 kes baharu direkodkan, jumlah kumulatif 7,732 kes

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 29 Mei - Warga asing juga, menjadi penyumbang kepada lonjakan kes baharu hari ini.

Jika semalam, 10 kes dilaporkan, hari ini ia meningkat kepada tiga angka, iaitu 103 kes.

Manakala, buat hari ke-7 berturut-turut, tiada kes kematian direkodkan.

Sehingga kini lapan kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi .

Dua daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

66 kes sembuh dan dibenarkan discaj turut dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif 6 ribu 235, bersamaan 86.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.