Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

24 pekerja warganegara Bangladesh positif COVID-19

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 29 Mei - Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti.

Kali ini, melibatkan pekerja bukan warganegara Malaysia di sebuah syarikat pembersihan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga hari ini, 24 kes positif dilaporkan dalam kluster tersebut, yang melibatkan warganegara Bangladesh.

20 daripada pekerja pembersihan itu, menginap di sebuah asrama di Kuala Langat, Selangor dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Empat pekerja lagi, menginap di sebuah pangsapuri di Nilai, Negeri Sembilan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Setakat ini, seramai 428 kontak rapat telah dikenal pasti dan akan disaring.