Logo

Tempoh rayuan Bantuan Prihatin Nasional dipertimbang untuk dilanjutkan

 

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Kerajaan pertimbang untuk melanjutkan tempoh rayuan Bantuan Prihatin Nasional, BPN yang akan berakhir 31 Mei.

Namun, ia bergantung kepada hasil perbincangan Kementerian Kewangan dengan pihak LHDN.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pihaknya sedia maklum rakyat Sabah dan Sarawak akan meraikan sambutan Kaamatan dan Hari Gawai, dan ia mungkin akan menyukarkan mereka untuk berurusan.

Beliau ditemui pada program lawatan kerjanya ke Wisma BSN di ibu negara.

Beliau turut mengadakan sidang video secara langsung bersama kakitangan bank tersebut dari beberapa cawangan terpilih di seluruh negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.