Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

Ingkar PKPB: Kompaun atau tahan, tiada diplomasi terhadap pelaku

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 29 Mei - 
Pihak polis akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan mereka yang bertindak kasar atau enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaan Sekatan Jalan Raya (SJR).

Ia berikutan masih lagi terdapat pihak yang tidak menghormati tugas anggota polis terutama dalam operasi PKPB.

Tegas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, selain boleh dikenakan kompaun, mereka juga boleh diambil tindakan mengikut jenis kesalahan yang mereka lakukan.

"Kita biasanya menasihat dan mengambil pendekatan yang diplomasi awal dulu."

"Tetapi sekiranya mereka cuba melawan atau membuat halangan yang mengancam keselamatan pegawai ataupun anggota polis, tindakan akan diambil."

Beliau berkata demikian ketika dihubungi dalam program Bual Bicara Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Katanya, sebanyak 160 SJR dilaksanakan di kawasan sempadan negeri manakala 200 SJR di lokasi strategik bagi mengawal dan mengehadkan pergerakan orang ramai dalam memutuskan penularan jangkitan COVID-19.