Logo

Kaunter permohonan rayuan BPN dibuka hujung minggu ini

 

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 30 dan 31 Mei ini (Sabtu dan Ahad), kecuali di Sabah dan Labuan kerana cuti umum Pesta Kaamatan.

Dalam kenyataannya, LHDN memaklumkan kaunter rayuan itu akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

LHDN menyebut bagi pemohon BPN di Sabah dan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 2 Jun.

Pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan permohonan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDN yang terdekat atau melalui e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. bersama-sama dokumen sokongan yang berkaitan.

LHDN menyatakan langkah berkenaan bertujuan memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima bantuan itu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.