Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Tiga warga asing ditahan terlibat kes pecah rumah

  • Published in Berita Semasa

 

KULAI, 29 Mei - Tiga etnik Rohingya dicekup polis dalam beberapa siri penahanan sekitar Kulai dan Johor Bahru kerana disyaki terlibat kes pecah rumah.

Polis percaya sekurang-kurangnya 15 kes jenayah berkenaan berjaya diselesaikan dengan penahanan terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow, suspek merupakan dua lelaki berusia 30 tahun dan seorang wanita 27 tahun.

Suspek dipercayai ada kaitan dengan Geng Tailong yang ditahan atas kegiatan sama di daerah itu bulan lalu.

Turut dirampas, pelbagai jenis telefon bimbit, barang kemas, komputer riba, jam tangan, sebuah kereta dan sebuah motosikal dianggarkan bernilai RM100,000.

Tiga lagi rakan sejenayah suspek yang juga warga Rohingya dikenali sebagai Rahman, Hassan dan Baya berusia 20-an sedang diburu.

Semua suspek direman tujuh hari bermula semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.