Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Langgar pokok tumbang, warga Myanmar maut

  • Published in Berita Semasa


JITRA, 29 Mei - 
Seorang warga Myanmar maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki melanggar sebatang pokok tumbang melintangi jalan selepas hujan lebat.

Kejadian berlaku di Jalan Muda Kuari Tunjang, Jitra Kedah malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd Zain, mangsa berusia 48 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Dipercayai, keadaan jalan yang gelap menyebabkan mangsa tidak nampak pokok tumbang di laluan tersebut.

Pihak bomba menerima panggilan kejadian itu kira-kira pukul 9.13 malam.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat.