Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

Penutupan jalan di Jalan Kuala Jenderis-Kenyir-Aring berikutan berlaku mendapan jalan

  • Published in Berita Semasa


TERENGGANU - Jalan Kuala Jenderis-Kenyir-Aring di Laluan PT36, Kilometer 77 hingga Kilometer 80 ditutup kepada semua kenderaan mulai semalam hingga satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya Hulu Terengganu, penutupan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan mendapan jalan di lokasi berkenaan.

Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif ke Gua Musang dan Cameron Highland perlu melalui Kuala Krai, Kelantan atau Kuala Terengganu-Kuala Lumpur-Ipoh.