Monday, December 16, 2019
updated 5:49 AM UTC, Dec 16, 2019

Kertas Putih Pertahanan pertingkatkan kesiapsiagaan ATM berdepan pelbagai aspek perubahan

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR - Pembentangan Kertas Putih Pertahanan, KPP semalam, berupaya mempertingkat kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia, ATM berdepan perubahan geopolitik, teknologi ketenteraan serta jenayah rentas sempadan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yakin, menerusinya juga kawalan keselamatan di sempadan Sabah dan Sarawak, diperketat, susulan Indonesia, bakal memindahkan ibu negara di Wilayah Kalimatan Timur, Pulau Borneo.

Perairan di Sabah dan Sarawak juga diberi tumpuan dalam usaha menangani jenayah rentas sempadan.

Penjelasan mengenainya dinyatakan beliau dalam sidang media selepas perhimpunan Kementerian Pertahanan di ibu negara.