Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

MSN akan peruntukkan dana tambahan untuk sukan selain bola sepak seperti badminton, ragbi dan hoki

  • Published in Berita Semasa

PARLIMEN - Kementerian Belia dan Sukan, KBS menerusi Majlis Sukan Negara, MSN akan memperuntukkan dana tambahan bagi program pembangunan sukan. Ia tidak hanya terhadap sukan bola sepak, malah beberapa sukan lain termasuk badminton, ragbi dan hoki.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, inisiatif itu penting selari melahirkan dan memperkasa bakat-bakat baharu dalam sukan berkaitan.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan wakil Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Mengulas mengenai PODIUM, beliau berkata, sebanyak 299 pendedahan pertandingan dan 125 pendedahan latihan dalam dan luar negara telah dijalankan sejak program penyediaan atlet itu dilaksana pada 2018.

Turut dilaksana, 50 program bulanan untuk memantapkan persiapan pasukan negara dalam menghadapi Temasya Sukan SEA Manila, Filipina.