Logo

Sambutan Aidilfitri- KKM khuatir kes meningkat


PUTRAJAYA , 27 Mei - 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khuatir dengan kemungkinan akan berlaku peningkatan kes COVID-19 susulan pergerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung mengunjung, merentas negeri dan pergaulan dalam kalangan masyarakat semasa sambutan Aidilfitri.

Ini berdasarkan maklumat yang diperoleh mendapati sebanyak 2,449,556 kenderaan telah diperiksa oleh pihak polis sejak 16 Mei 2020 sehingga hari ini.

"Sekiranya masyarakat leka, tidak patuh dan ingkar kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, KKM menjangkakan akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, seterusnya mengakibatkan gelombang yang baharu bagi wabak COVID-19 di negara kita."

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengulas kegusaran ini ketika ditemui pada sidang media di Putrajaya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.