Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Persiapan menjelang Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2019) hampir 70% siap

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR - Persiapan menjelang Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (Kuala Lumpur Summit 2019) yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pertengahan bulan ini hampir 70 peratus siap.

Kuala Lumpur Summit 2019 bakal membincangkan isu perpaduan umat Islam berdasarkan tujuh teras, pembangunan dan kedaulatan, integriti dan pentadbiran yang baik, kebudayaan dan identiti, kehakiman dan kebebasan.

Jawatankuasa penganjur, Abdul Muhaimin Mohd Muhayeddin berkata, semua pihak kini dalam usaha untuk membuat persiapan terakhir bagi menjayakan sidang kemuncak itu yang diadakan pada 18 Disember ini.

Beliau meninjau lokasi program di KLCC bersama jawatankuasa penganjur Sidang Kemuncak berkenaan.

Pemimpin-pemimpin dunia antaranya dari Qatar, Indonesia, Turki dan Pakistan telah menyatakan persetujuan untuk hadir.

Kira-kira 450 delegasi antaranya pemikir, cendekiawan dan ulama bakal memberi cadangan selain mencari penyelesaian isu-isu yang mendepani umat Islam di peringkat antarabangsa.

Kuala Lumpur Summit 2019 bakal berlangsung 4 hari, bermula 18 hingga 21 Disember ini.