Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Kerajaan negeri Johor peruntukkan RM500 ribu untuk luruskan Sungai Pulai bagi kurangkan risiko banjir

  • Published in Berita Semasa


GELANG PATAH - Di Johor, kerajaan negeri itu memperuntukkan RM500,000 bagi kerja-kerja meluruskan kira-kira 500 meter Sungai Pulai, di Gelang Patah Johor. Ia sebagai langkah mengurangkan risiko banjir di kawasan itu.

Dua kampung yang dikhuatiri terjejas dengan banjir iaitu Kampung Pulai dan Kampung Ulu Pulai.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kedua-dua kampung berkenaan terletak bersebelahan dan bersempadan dengan Sungai Pulai membabitkan lebih 400 buah rumah.

Semua kerja meluruskan sungai akan dilakukan secara hibrid itu dijangka dapat mengurangkan air pasang besar serta banjir kilat.

Syarikat kontraktor yang menguruskan kerja-kerja tersebut telah dilantik dan dijangka projek itu dijalankan dalam waktu terdekat atau selewat-lewatnya Januari tahun depan.