Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Seramai 800 anggota Polis ditempatkan dan tingkat rondaan pencegahan jenayah di kawasan kediaman

  • Published in Berita Semasa


DUNGUN, TERENGGANU - Perkembangan banjir di Terengganu, Polis Diraja Malaysia akan mempertingkatkan rondaan pencegahan jenayah di semua kawasan kediaman yang terjejas.

Rondaan yang dilakukan pada waktu siang dan malam menggunakan bot itu bertujuan untuk mengelak kejadian jenayah di kawasan-kawasan terjejas terutamanya kes pecah rumah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, selain rondaan pencegahan jenayah, polis turut membuat rondaan di setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dalam usaha memberi bantuan kepada penduduk terjejas sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Sehingga kini polis telah menempatkan seramai 800 anggota di daerah-daerah yang terlibat.

Pihaknya turut dibantu Pasukan Gerakan Am yang berpengkalan di Kuala Terengganu dan Unit Simpanan Persekutuan sepanjang tempoh tersebut.