Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

JAS siasat dakwaan aktiviti tanaman durian musang king punca berlaku banjir lumpur di Baling

  • Published in Berita Semasa

SINTOK, KEDAH - Di Kedah Jabatan Alam Sekitar, JAS sedang menyiasat dakwaan mengenai kejadian banjir lumpur yang berlaku di beberapa kawasan di Baling, 19 November lalu .

Ia dikatakan berpunca daripada aktiviti projek tanaman durian musang king di Gunung Inas.

Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Negeri, Ooi Tze Min berkata, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian banjir lumpur itu.

Sebarang tindakan yang akan diambil bergantung kepada hasil siasatan termasuk Laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling, EIA.